PARLIMEN: Kerajaan akui harga barang akan naik

PARLIMEN: Kerajaan akui harga barang akan naik

LIM HUI YING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengakui akan berlaku kenaikan harga barang susulan kenaikan cukai dalam sektor tertentu khususnya melibatkan bahan api dan logistik tetapi akan melaksanakan semua langkah bagi mengawal kenaikan keterlaluan dan unsur pencatutan.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, kerajaan justeru komited dalam mempertimbang pelbagai inisiatif kepada golongan B40 termasuklah penyasaran subsidi bersasar.

Bagaimanapun, beliau yakin peningkatan itu akan berlaku pada kadar yang terkawal.

“Kita akui sebarang kenaikan cukai dan harga dalam sektor penting boleh memberi kesan kepada harga barangan. 

“Namun, kerajaan telah mengambil pendekatan berhati-hati dan mempertimbang pelbagai mekanisme untuk meminimumkan impak kos sara hidup rakyat  termasuk pemberian subsidi bersasar yang dinikmati golongan b40 dan beberapa segmen masyarakat yang memerlukan selain bantuan dalam belanjawan yang telah diumumkan.

“Kerajaan menjangka kenaikan harga barang ini kekal pada kadar terkawal, namun kita tidak menafikan peningkatan kecil ini disebabkan faktor luaran seperti harga komoditi dan isu rantaian bekalan. 

“Dalam hal ini, kenaikan gaji minimum adalah untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat yang berpendapatan rendah, sekali gus membantu mereka menangani kos sara hidup dengan lebih baik,” katanya menjawab soalan tambahan Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Merbok) di Dewan Rakyat, hari ini.

Mohd Nazri meminta kementerian menjelaskan mengenai reformasi fiskal yang harus menjadi tumpuan kerajaan susulan langkah memperkenalkan cukai baharu memberi kesan dan bebanan kepada kos hidup rakyat.

Hui Ying dalam masa yang sama menjelaskan, kerajaan dengan kerjasama pelbagai industri terus komited meningkatkan keperluan barangan asas seperti beras dan minyak paket agar bekalan kekal stabil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya