PARLIMEN: Kanak-kanak GISBH tidak terabai, dikembalikan ke pangkuan keluarga - Mohd Na'im

PARLIMEN: Kanak-kanak GISBH tidak terabai, dikembalikan ke pangkuan keluarga – Mohd Na’im

MOHD. Na'im Mokhtar dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan semua kanak yang terlibat dengan kes GISBH Holdings (GISBH) tidak akan terabai dan kembali hidup normal serta dikembalikan ke pangkuan ibu bapa dan keluarga.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, mengembalikan kanak-kanak GISBH Holdings (GISBH) ke pangkuan ibu bapa dan keluarga mereka menjadi keutamaan kerajaan.

Beliau berkata, kerajaan menyokong penuh pendirian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKM) untuk mengembalikan kanak-kanak GISBH kepada ibu bapa dan keluarga mereka.

Langkah lain dalam tindakan kerajaan, katanya, adalah modul rehab, pemantauan perkembangan berkala dan kerjasama komuniti setempat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Pemantauan perkembangan kanak-kanak berkenaan secara berkala menerusi penglibatan dan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), selain pakar pedagogi, psikologi dan akidah akan diteruskan.

“Mengambil kira kesan trauma jangka panjang kanak-kanak, kerajaan juga melaksanakan modul rehabilitasi GISBH, merangkumi pemulihan akidah, kaunseling, kenegaraan, pendidikan dan latihan kemahiran.

“Kerjasama komuniti setempat dan NGO juga perlu dilibatkan untuk mewujudkan sokongan sosial yang kukuh untuk kanak-kanak berkenaan,” ”katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan asal dan soalan tambahan Zakri Hassan (PN-Kangar) yang bertanya pemantauan dan keberhasilan plan pemulihan jangka panjang serta khidmat pakar bagi mengintegrasikan kanak-kanak berkenaan ke dalam masyarakat.

Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata, kerajaan berpandangan isu GISBH amat perlu diperjelas dan disebarluaskan kepada masyarakat bagi memastikan tidak timbul salah faham terhadap tindakan yang diambil ke atas kumpulan itu.

“Kefahaman yang baik membolehkan masyarakat menjadi sistem sokongan kepada ahli GISBH yang ingin keluar daripada belenggu ideologi sesat berkenaan.

“JAKIM juga akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan akidah dan pegangan umat Islam secara keseluruhannya, termasuk ahli-ahli GISBH.

“Ia melalui pembudayaan ilmu dan pentarbiahan yang komprehensif dan berkesan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri serta agensi berkaitan lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya