PARLIMEN: Ka Siong tuntut Rafizi bersihkan namanya 

PARLIMEN: Ka Siong tuntut Rafizi bersihkan namanya 

IHSAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyelar tindakan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mendakwa dirinya membuat silap memberikan fakta berhubung kos pembangunan Pangkalan Data Utama (PADU) di Dewan Rakyat, semalam.

Ka Siong yang juga Presiden MCA, menuntut Ahli Parlimen Pandan itu membuat penerangan atau menarik semula kenyataan yang beliau buat.

Katanya, tindakan Rafizi itu perlu bagi membersihkan namanya yang dituduh melakukan kesilapan ketika menyatakan kos PADU ialah sebanyak RM85 juta, sedangkan beliau merujuk kepada fakta dilaporkan sebelum ini.

“Saya tidak berhasrat merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, namun bagi membersihkan nama saya, saya minta Speaker, menasihatkan menteri untuk melakukan sesuatu.

“Ia termasuk menarik semula tuduhan beliau ke atas saya dan memberi penerangan di Dewan Rakyat. Saya tidak mahu kesucian nama saya tercalar,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, meminta Ka Siong menulis permintaan rasmi kepadanya.

“Jika saya nasihat (Rafizi), tiada rekod. Jadi YB (Yang Berhormat) perlu tulis pada saya apa yang diperlukan daripada beliau,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya