PARLIMEN: Jangan bocorkan ‘kapal’ sendiri - Bung Moktar tegur MP kerajaan

PARLIMEN: Jangan bocorkan ‘kapal’ sendiri – Bung Moktar tegur MP kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemimpin veteran kerajaan menegur Ahli Parlimen dalam kalangan parti komponen Kerajaan Perpaduan, untuk tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mensabotaj kerajaan sendiri.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegur Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH) supaya ‘tidak membocorkan kapal sendiri’.

Teguruan khusus kepada Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin, Bung Moktar berkata, tindakan pemimpin tersebut tidak betul memandangkan PH bersama-sama Barisan Nasional (BN) membentuk Kerajaan Perpaduan.

“Saya minta lain kali, usul begitu tidak perlu dibawa ke Dewan Rakyat, tidak elok kita nampak sebab kita berada dalam satu kapal. Jadi jangan bocorkan kapal kita,” katanya ketika mencelah sebelum sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 peringkat dasar, di Dewan Rakyat, hari ini.

Bung Moktar yang juga Ketua UMNO Sabah membuat teguran itu selepas Zhemin mengusulkan supaya Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menyatakan pendirian sama ada mahu berada dalam kerajaan Perpaduan ataupun tidak.

Ini kerana, Zhemin menyifatkan Ka Siong kini berada di tengah-tengah walaupun berada di blok kerajaan.

Malah, usul tersebut turut mendapat sambutan daripada beberapa Ahli Parlimen pembangkang yang mengajak Presiden MCA itu untuk ‘berhijrah’ ke blok tersebut dan meninggalkan kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya