PARLIMEN: Fahaman Islam Liberal masih terkawal

PARLIMEN: Fahaman Islam Liberal masih terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perkembangan fahaman mengenai Islam Liberal di dalam negara masih terkawal dan belum berada di tahap yang membimbangkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, Islam Liberal sudah diputuskan bahawa gerakan pemikiran mereka mengandungi fahaman-fahaman yang menyeleweng dari aspek akidah dan syariah.

Kata beliau, pemantauan secara berkala dan tindakan penguatkuasaan di bawah akta atau Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah oleh pihak berkuasa agama negeri dilaksanakan sekiranya terbukti terdapat unsur-unsur penerbitan, penyiaran serta penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubung fahaman tersebut.

“Dalam usaha mengekang penyebaran Islam Liberal dalam  kalangan umat Islam di negara ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama dengan agensi-agensi di peringkat Persekutuan dan negeri sentiasa bekerjasama bagi memastikan penganjuran ceramah, wacana, dialog dan sebagainya tidak akan melibatkan individu yang mendokong fahaman Islam Liberal.

“Semua pihak juga disarankan agar merujuk kepada pihak berkuasa agama bagi memastikan panel yang dijemput telah memperoleh tauliah mengajar daripada Pejabat Mufti negeri-negeri agar tapisan awal dapat dilaksanakan,” katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Mohd Na’im berkata, Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri dan Jabatan Mufti Negeri-Negeri sentiasa melaksanakan program penjelasan kepada pelbagai kumpulan sasar bagi membendung fahaman Islam Liberal.

“Pendedahan bahaya fahaman liberalisme melalui media baharu dan media penyiaran seperti siaran khutbah serta rancangan-rancangan agama turut dipergiatkan.

“Pengisian program-program di masjid serta surau juga turut dirancang dan disusun dengan lebih teliti dan teratur,” jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya