Azalina -Takiyuddin `berperang’ isu tahanan rumah, Titah Adendum

PARLIMEN: Azalina -Takiyuddin `berperang’ isu tahanan rumah, Titah Adendum

AZALINA OTHMAN SAID-JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menempelak Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang meminta penjelasan berhubung akta berkaitan tahanan di rumah dan Titah Adendum.

Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, kedua-dua isu tersebut hanya boleh dijawab oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memandangkan ia berada di bawah tanggungjawabnya.

“Saya agak keliru, Kota Bharu dulu pun Menteri Undang-Undang. Adakah YB mengatakan bahawa Peguam Negara melaporkan kepada YB? Adakah itu andaiannya? Dalam kerajaan Madani ini, saya menteri yang bertanggungjawab dalam undang-undang, saya tidak terlibat dalam pelantikan Peguam Negara, melihat fail dalam pejabat Peguam Negara dan saya tidak terlibat dalam Lembaga Pengampunan.

“YB sebagai mantan Menteri Undang-Undang dalam kerajaan (terdahulu), YB sepatutnya lebih berakal daripada saya,” katanya semasa menjawab soalan daripada Takiyuddin yang merupakan wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, semasa Azalina membuat penggulungan bagi Perbahasan Belanjawan 2025 peringkat dasar, Takiyuddin membangkitkan persoalan mengenai akta berkaitan tahanan di rumah dan Titah Adendum.

Bagaimanapun, Takiyuddin mendakwa Azalina cuba membuat helah dengan memberikan jawapan seperti tersebut.

Namun, Azalina menafikan  dan sekali lagi menjelaskan bahawa dua perkara itu tidak berada di bawah tanggungjawabnya.

“Maknanya, YB mengaku, you admitting you did misdirection to the Attorney General when you the minister ,” katanya.

Pertikaman lidah antara Takiyuddin dan Azalina itu kemudiannya disertai oleh RSN Rayer (PH-Jelutong) dan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut).

Keadaan itu kemudian ditenangkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya