PARLIMEN: Adakah pelantikan Mohd Dusuki sebagai balas budi?-Mas Ermieyati

PARLIMEN: Adakah pelantikan Mohd Dusuki sebagai balas budi?-Mas Ermieyati

MAS Ermieyati Samsudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) mempersoal adakah pelantikan Peguam Negara baharu, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar sebagai tanda membalas budi melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi daripada pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi.

Ini kerana Mas Ermieyati dalam perbahasannya mengaitkan kenyataan yang didakwa pernah disebut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said ketika berucap pada taklimat khas presiden Umno di ibu pejabat parti di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 27 Ogos 2022.

“Pelantikan Peguam Negara ini menjadi cakap-cakap di luar sana apabila beliau ditempatkan di bahagian Rayuan dan Perbicaraan Peguam Negara, yang terlibat dalam memberi hujah dan alasan kenapa Yang Berhormat Bagan Datuk ini dilepaskan tanpa dibebaskan. Adakah disebabkan ingin membalas budi selepas itu dia dilantik sebagai Peguam Negara? sebagaimana yang disoal oleh rakyat di luar sana?

“Kita masih ingat dalam PAU 2022, Yang Berhormat Pengerang pernah sebut, Perdana Menteri perlu melantik ‘orang kita’ sebagai Peguam Negara. Inilah hasilnya,” katanya ketika membahaskan peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Mohd Dusuki dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu menggantikan Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh susulan pengalaman yang luas selama 31 tahun dalam perkhidmatan perundangan di Jabatan Peguam Negara.

Untuk rekod, Mahkamah Tinggi memutuskan untuk melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri daripada semua 47 pertuduhan.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Mohd Dusuki yang merupakan Timbalan Pendakwa Raya ketika itu untuk melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid, apabila pihak pendakwaan memutuskan untuk memberhentikan prosiding, kerana mereka berhasrat menyiasat kes itu dengan lebih mendalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya