PARLIMEN: 25,501 graduan pertanian dilahirkan

PARLIMEN: 25,501 graduan pertanian dilahirkan

MOHAMAD Sabu - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 25,601 graduan dalam bidang pertanian dilahirkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kementeriannya menyasarkan sebanyak dua peratus purata pertumbuhan tahunan bagi bilangan pelatih dari 2024 hingga 2023.

Bagaimanapun, kata beliau, kuota bilangan pelatih bagi setiap sesi pengambilan adalah berdasarkan kepada ketersediaan kemudahan pusat bertauliah dan bilangan tenaga pengajar.

“Pada tahun 2023, seramai 982 graduan berjaya menamatkan pengajian dengan kadar kebolehpasaran 78.1 peratus, iaitu peningkatan sebanyak 5.8 peratus berbanding 72.3 peratus pada tahun 2022.

“KPKM juga menetapkan sasaran kebolehpasaran graduan pada kadar 85 peratus menjelang 2030,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) yang memintanya menyatakan sasaran bilangan pelatih dan kadar kebolehpasaran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pertanian.

Menjawab soalan tambahan, Mohamad berkata, kerajaan mengambil inisiatif untuk menghantar pelajar TVET ke luar negara sebagai usaha meningkatkan penggunaan teknologi baharu.

“Banyak pelajar TVET dihantar ke China, negara itu menawarkan tempat yang begitu banyak, kursus percuma. Cuma mereka minta pihak kita menyediakan tambang untuk pelajar ke sana sahaja, yang lain dibiayai mereka.

“Oleh itu, dalama kita buat teknologi moden dengan menghantar (pelajar) ke lain-lain tempat seperti China dan Jepun, akan diteruskan dengan program-program untuk meningkatkan teknologi moden kepada pelajar-pelajar kita di TVET itu,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya