PARLIMEN: 1BestariNet, tiada tindakan sivil difailkan setakat ini

PARLIMEN: 1BestariNet, tiada tindakan sivil difailkan setakat ini

WONG Kah Woh - FOTO/JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada tindakan undang-undang difailkan di mahkamah setakat ini bagi menyelesaikan semua legasi masalah 1BestariNet yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, walaupun perjanjian 1BestariNet fasa dua telah tamat pada 30 Jun 2019, namun terdapat isu yang masih belum diselesaikan.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) sedang memuktamadkan cadangan penyelesaian dan akan mengemukakan kepada Jemaah Menteri melalui Memorandum Jemaah Menteri untuk menentukan hala tuju penyelesaian isu itu.

“Tidak ada tindakan undang-undang sivil difailkan di mahkamah oleh kerajaan setakat Ini. Dalam masa yang sama, pelaksanaan projek 1BestariNet masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“KPM menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk menyiasat perkara ini dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM,” katanya dalam Dewan Rakyat hari ni.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) yang meminta kementerian menyatakan status terkini projek 1BestariNet dan apakah tindakan undang-undang telah dikenakan terhadap syarikat yang telah diberikan tender tersebut.

Kah Woh juga memberitahu, terdapat beberapa masalah yang dapat dilihat dalam projek kerajaan terdahulu.

“Dalam projek-projek yang dimasuki oleh kerajaan pada ketika itu telah menampakkan banyak masalah termasuk kadar sewaan tapak yang tidak dimuktamadkan dan caj elektrik telah disambung pada sekolah oleh pihak syarikat gunakan untuk tujuan menara komunikasi.

“Selepas tamat kontrak pada 2019 menara itu masih lagi beroperasi untuk tujuan komersial. Ini merupakan isu legasi yang perlu diselesaikan oleh kerajaan sekarang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya