Pakej Lebuhraya Pan Borneo Sabah: MOF berkuasa mutlak

Pakej Lebuhraya Pan Borneo Sabah: MOF berkuasa mutlak – Alexander

Pan Borneo Sabah
ALEXANDER Nanta Linggi ditemui pemberita pada program Hari Komuniti MyPLUS, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kementerian Kewangan (MOF) mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan pemilihan syarikat bagi pelaksanaan projek Pakej Fasa 1B Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya mematuhi prosedur ditetapkan dan tidak terus mengikuti senarai yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah.

Menurutnya, Kementerian Kerja Raya (KKR) turut mempunyai kuasa untuk menyemak semula dan mempunyai pandangan mengenai perkara tersebut.

“Jadi, kita melakukan perbincangan di peringkat kementerian sebelum menyerahkan kepada MOF yang berkuasa memikirkan apa sepatutnya diberi tawaran.

“MOF sudah memberi semula keputusan dan kita kemudian mengarahkan JKR Sabah mengeluarkan surat setuju terima kepada pihak yang terpilih,” katanya pada program Hari Komuniti MyPLUS, hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan isu penganugerahan pakej lebuh raya itu yang didakwa diberi kepada syarikat tidak layak terus dibangkitkan di Dewan Rakyat.

Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengemukakan soalan itu kepada Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bahawa satu syarikat disyorkan jawatankuasa penilaian tender supaya diberikan kepada satu syarikat kerana mempunyai rekod yang baik.

Satu syarikat tidak disyorkan kerana gagal dalam pra-syarat dikenakan namun dimaklumkan apabila KKR angkat kepada MOF, ia diarah supaya diberikan kepada syarikat tidak disyorkan.

Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) turut mencelah dengan meminta penganugerahan kepada syarikat tidak berkelayakan perlu ditarik balik.

Sementara itu, dalam perkembangan perkara berasingan, Alexander memberitahu, KKR bersiap siaga sepenuhnya menghadapi musim tengkujuh dengan turut mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana (BiGBen).

“Menerusi aplikasi mudah alih yang dinaik taraf itu, kita antaranya akan memberi maklumat terkini mengenai bencana termasuk banjir kepada orang awam. Ia antaranya melibatkan penutupan jalan dan laluan alternatif bagi membantu pengguna jalan raya yang berada di lokasi terlibat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya