PARLIMEN: PAGuru KAFA ditapis sebelum dibenar mengajar - Mohd. Na’im

PARLIMEN: PAGuru KAFA ditapis sebelum dibenar mengajar – Mohd. Na’im

MOHD NA'IM MOKHTAR IHSAN/JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) akan ditapis dan diteliti oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ditempatkan untuk mengajar murid KAFA menggunakan mekanisme aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar berkata, sekiranya guru KAFA tidak memahami konteks Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka ia akan membantutkan usaha falsafah pendidikan KAFA.

“Dalam memastikan murid yang dibangunkan dalam pendidikan KAFA ini menerima pendidikan agama yang sebenar, daripada sudut asasnya, sudah tentu tapisan awal dibuat.

“Pemilihan kepada guru-guru KAFA sangat penting kerana sekiranya mereka tidak ditapis dan dilantik serta memahami konteks untuk membina murid-murid dalam pendidikan KAFA ini yang menjurus kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka ia akan mencacatkan usaha dan falsafah pendidikan KAFA itu sendiri.

“Justeru, Jakim akan menilai dan mengadakan satu proses yang teliti supaya setiap guru KAFA yang dilantik untuk mengajar akan benar memahami dan mengikuti aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Manndzri Nasib (BN-Tenggara) yang bertanyakan sama ada terdapat satu mekanisme untuk menapis guru KAFA agar mereka tetap dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah, mazhab Imam As Syafie dan  al-Maturidiyah al-Asyairah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya