P.Pinang: Rumah mampu milik dijenamakan Rumah MutiaraKu

P.Pinang: Rumah mampu milik dijenamakan Rumah MutiaraKu

SALAH satu projek Rumah Mampu Milik (RMM) jenis pangsapuri yang dibangunkan di Simpang Ampat, Nibong Tebal, Pulau Pinang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Pulau Pinang akan membuat penjenamaan semula terhadap nama Rumah Mampu Milik (RMM) kepada Rumah MutiaraKu (RMK), Januari tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri S. Sundarajoo berkata, penjenamaan semula itu bagi meningkatkan sense of home ownership (perasaan memiliki rumah) dalam kalangan penerima tawaran RMM.

“Seiring dengan slogan Rumahku Syurgaku, Rumah MutiaraKu ini juga diharap akan menjadi mahligai kepada bakal pemiliknya nanti,” katanya dalam sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Selaras dengan pembentangan Rang Undang-Undang Pembekalan Tahun 2025 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2025 oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow pada 22 November lalu, kerajaan negeri menggariskan sasaran penyediaan sebanyak 220,000 unit RMM dalam Agenda Penang2030 di bawah sasaran pertama. 

Sehingga 31 Oktober lalu, sebanyak 162,689 unit atau 73.94 peratus dicapai dengan pecahan 51,680 unit siap dibina, 22,456 (sedang dibina) dan 88,553 (dalam perancangan).

Ujar Sundarajoo kerajaan negeri turut mewujudkan kategori baharu iaitu RMM Jenis B2, berharga RM100,000 dengan keluasan minima 750 kaki persegi tanpa kemasan bagi mengisi jurang yang agak besar antara RMM B1 (RM72,500) dan RMM C1 (RM150,000)

“Kerajaan negeri turut meluluskan had pendapatan maksimum bagi syarat permohonan RMM di bawah pasaran terbuka kepada pendapatan maksimum isi rumah sebanyak RM20,000 bertujuan menyekat pemilikan rumah bersubsidi kepada golongan kaya atau golongan berpendapatan tinggi terutamanya bagi kategori T20,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya