Op Noda tahan 39 GRO tempatan

Op Noda tahan 39 GRO tempatan

RUSDI MOHD. ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 39 gadis pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan Op Noda KL Strike Force yang disyaki menyediakan perkhidmatan tidak bermoral di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, awal pagi semalam.  

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, penahanan itu membabitkan wanita berusia 21 hingga 32 tahun termasuk seorang lelaki tempatan berperanan sebagai penjaga premis dengan lapan warga asing masing-masing lima Thailand, dua (Vietnam) dan seorang (Laos).

“Seramai 100 orang diperiksa antaranya 31 lelaki tempatan, 20 orang lelaki warga China, 39 GRO warga tempatan, enam lelaki tempatan berperanan sebagai pekerja dan empat wanita tempatan yang juga pekerja berusia 23 hingga 46 tahun” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Serbuan sekitar pukul 1 pagi itu dianggotai 16 pegawai dan anggota Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterisme (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Serbuan turut membawa kepada tangkapan dan rampasan di premis yang menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen dan menggaji GRO warga asing tanpa permit.

Pusat hiburan berkenaan menawarkan pelayan warga asing yang berselindung disebalik GRO warga tempatan.

Kepungan yang dilakukan di premis berkenaan telah menggagalkan cubaan GRO warga asing melarikan diri. Antara alat rampasan ialah pembesar suara, resit perniagan, mikrofon, dan ‘mixer’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya