GEORGE TOWN: Dua graduan orang kurang upaya (OKU) menjadi tumpuan pada Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) ke-62, apabila berjaya membuktikan kekurangan diri bukan penghalang untuk menggenggam segulung ijazah. Seorang daripada OKU berkenaan, Nor Elisha Mohd. Zaini, 24, dari Tumpat, Kelantan dilahirkan tanpa kaki dan menggunakan kaki palsu hampir setiap masa. Di sebalik segala kekurangan itu, Nor Elisha, graduan Ijazah Sarjana Muda dengan pengkhususan dalam Sastera dan minor Bahasa Melayu, mampu menamatkan pengajian dalam tempoh tiga tahun setengah. Menurut wanita berhati waja itu, sepanjang tempoh pengajian di USM, dia mendapat sokongan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya