Nurul Izzah dijemput oleh penganjur - Fahmi

Nurul Izzah dijemput oleh penganjur – Fahmi

NURUL IZZAH ANWAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Keterlibatan bekas ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dalam siri lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara baru-baru ini adalah atas undangan daripada penganjur.

Jurucakap kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil menjelaskan, Nurul Izzah dijemput oleh penganjur bagi mewakili badan pemikir Social and Economic Research Initiative (SERI).

“Saya tidak menyertai lawatan tersebut, tetapi saya teliti fitnah dan tohmahan jahat yang dibuat oleh pelbagai pihak.

“Saya mendapat pengesahan daripada ketua setiausaha akhbar Perdana Menteri bahawa Nurul Izzah dan juga Datuk Faiz (Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah) yang merupakan Pengerusi ISIS Malaysia, kedua-dua mereka telah dijemput oleh penganjur.

“Nurul Izzah dijemput antara lain kerana Datuk Seri Dr. Wan Azizah tidak mengikuti rombongan ini, jadi beliau telah dijemput sebagai pengarah ‘think tank’ dikenali sebagai SERI,” katanya menerusi sidang akhbar di sini hari ini.

Fahmi berkata demikian ketika ditanya berhubung hantaran di media sosial yang menunjukkan kehadiran Nurul Izzah bersama delegasi Anwar di luar negara.

Terdahulu, ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mempersoalkan kos perjalanan Nurul Izzah yang dilihat turut berada dalam acara-acara Anwar dalam lawatan rasmi ke luar negara baru-baru ini.

Wan Fayhsal bertanya sama ada keberadaan Izzah yang mewakili badan bukan kerajaan dalam lawatan itu ditanggung kerajaan atau sebaliknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya