Notis bencana terus ke telefon bimbit pengguna bulan depan - Fahmi 

Notis bencana terus ke telefon bimbit pengguna bulan depan – Fahmi 

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiapkan satu sistem yang boleh memberi notis bencana terus kepada telefon bimbit orang ramai sebagai persiapan menghadapi bencana.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, beliau telah mengarahkan SKMM untuk meneliti notis bencana yang boleh disampaikan terus kepada telefon bimbit di satu-satu kawasan tanpa perlu menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Menurutnya, ciri terbabit turut digunakan di beberapa negara seperti Korea Selatan dan Jepun dalam situasai gempa bumi, tsunami dan orang hilang.

“Kita lihat perkara seperti ini boleh dimanfaatkan dan kita akan teliti serta selaraskan dengan Nadma (Agensi Pengurusan Bencana Negara).

“Saya baru mengingatkan SKMM dan mereka sedang meneliti di mana dalam masa sebulan ini ia akan cuba siapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Kampung Siaga 221: Komuniti Berdaya Tahan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Padang Bola Sepak Kampung Pasir di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN