Nik Rifaie nafi perdaya wanita, buat ‘kerja’ tidak senonoh - Utusan Malaysia

Nik Rifaie nafi perdaya wanita, buat ‘kerja’ tidak senonoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Terkilan namanya dikaitkan dengan aktiviti tidak senonoh menggunakan aplikasi cari jodoh, pelakon, Nik Rifaie menafikan sekerasnya dakwaan itu.

Menurut pelakon Rahsiamu Selamat Denganku itu, sepanjang hidup, dia tidak pernah mempunyai sebarang akaun cari jodoh apalagi memperdaya wanita seperti didakwa.

“Saya tahu aplikasi cari jodoh itu wujud seperti Tinder, saya pun sudah 26 tahun sudah tentu tahu aplikasi seperti itu.

“Namun saya tidak pernah mempunyai akaun di aplikasi itu kerana tidak percaya menggunakan aplikasi untuk mencari jodoh.

“Bagi saya kalau nak mengenali seseorang itu lebih baik kita jumpa secara depan mata. Lebih senang nak berkenalan dan bersembang,” ujarnya.

Nik berkata demikian ketika mengulas mengenai dakwaan yang mengaitkan namanya dengan video TikTok menceritakan seorang selebriti menggunakan aplikasi demi memperdaya wanita.

Bagaimanapun, Nik tidak menafikan imejnya terjejas apabila ada pihak yang menggunakan gambar dan identitinya untuk melakukan perkara tidak baik dalam talian.

“Saya tahu banyak sahaja akaun palsu menggunakan identiti saya di media sosial. Orang boleh guna nama dan gambar kita sewenangnya.

“Sekiranya ada yang menggunakan kesempatan ini untuk berniat jahat, ia sangat tidak patut. Orang lain buat jahat, kita yang kena. Saya sudah menjadi seperti kambing hitam pula,” katanya.

Nik ditemui Utusan Malaysia di sidang media tiga buah drama terbitan Astro iaitu Curang Tanpa Niat, Rahsiamu Selamat Denganku dan Opis Politik di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Selasa.

Terdahulu, kecoh diperkatakan sebuah video di aplikasi TikTok mendakwa salah seorang ahli kelab larian ‘Challo Run’ memperdayakan wanita menggunakan aplikasi cari jodoh.

Menerusi video itu, ramai warganet mula memetik nama Nik Rifaie. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya