KANGAR: Malaysia perlu mengambil langkah atau strategi penyimpanan sumber air mencukupi bagi mendepani perubahan cuaca melampau atau cuaca ekstrem kemarau dan hujan lebat luar biasa yang diramal bermula tahun depan. Ahli Panel Penasihat Perubahan Iklim, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dr. Mohmad Asari Daud berkata, satu daripada strategi yang patut diambil adalah penyimpanan sumber air yang berlebihan di musim tengkujuh untuk kegunaan musim kemarau. Katanya, secara lazimnya musim kemarau berlarutan selama tiga hingga empat bulan dan penyimpanan yang disediakan itu harus mencukupi untuk kegunaan sepanjang tempoh kemarau berkenaan. “Antara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya