Negara luar lihat Malaysia paling aman di dunia - PM

Negara luar lihat Malaysia paling aman di dunia – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Negara-negara luar melihat Malaysia sebagai antara negara rantau ASEAN yang paling aman di dunia manakala  pertumbuhan ekonominya sangat pantas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu disampaikan oleh pemimpin-pemimpin enam negara sepanjang lawatan singkat beliau ke Mesir, Arab Saudi, Peru, Brazil, Korea termasuk China.  

Beliau berkata, Malaysia merupakan negara contoh yang paling rumit dijaga kerana mempunyai pelbagai kaum dan agama serta warna kulit, namun mempunyai semangat kesatuan. 

“Orang luar meneropong (Malaysia), dia cakap ini antara negara paling rumit dijaga, banyak ‘peelnya’ pelbagai warna kulit, tapi ada semangat kesatuan dan aman. 

“Dan ini juga rantau Malaysia dan ASEAN yang dianggap paling pantas kelajuan dan pertumbuhan ekonomi,” katanya ketika berucap pada Festival Idea Putrajaya, di sini hari ini.

Anwar pada masa sama menempelak segelintir pihak yang dangkal dan bankrap dari segi idea dengan cara mencari isu-isu yang boleh menarik orang melalui hal perkauman sempit.

Sebagai contoh katanya, kalau dalam kalangan orang Melayu akan tercabar kerana ada satu dua poster dalam bahasa Cina, dalam kalangan orang Cina pula, mereka akan kata rakyat Cina dinafikan hak dan tercabar.

“Pergi ke negeri-negeri akan kata hak rakyat Sabah terhakis, ini  semua sentimen yang boleh menarik orang tapi tugas anak muda ialah untuk mendapat pencerahan cara kritis, kebenaran tentang kenyataannya, mendengar dari semua pihak dan mencari jalan penyelesaiannya.

“Kalau tidak, seperti kita tahu dia guna sentimen perkauman yang kononnya kebebasan dan nasionalisme. Dia bukan yakin dengan patriotisme, tetapi guna sentimen untuk membakar semangat membenci orang,” katanya. 

Beliau berkata, pimpinan politik negara pula tidak ada hujah bicara soal dasar dan tidak ada kupasan, penuh kebencian, manusia hilang harga dan kasih sayang. 

“Kita tidak mahu orang lemah, rosak, rasuah, melakukan kecurangan tapi kita seru dengan semangat kasih sayang, bukan mencari kelemahan, mengada-adakan apa yang tidak ada, fitnah saban hari kerana kita ada media sosial. 

“Tidak pernah ada satu fahaman atau ideologi, agama atau nilai yang mempertahankan untuk kerosakan, menghina, mencaci dan memfitnah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya