PETALING JAYA: Pemain gitar kumpulan Spider, Napie, disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada pukul 3:54 pagi tadi.
Napie atau Hanafi Hamdan menghembuskan nafas yang terakhir pada usia 51 tahun akibat strok.
“Sekitar jam 12 tengah malam tadi, suami saya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh.
“Pada jam 3.54 pagi beliau menghembuskan nafas terakhir,” kata isteri, Norasidah Said kepada media.
Jenazah Napie akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Country Homes, Rawang selepas solat Jumaat.
Arwah telah meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.
Semasa hayat, Napie pernah berkhidmat sebagai jurutera bunyi di Studio Luncai Emas milik seniman Datuk M Nasir. -UTUSAN