Nama calon TYT baharu akan dihantar kepada Agong

Nama calon TYT baharu akan dihantar kepada Agong

HAJIJI Noor (tengah) bercakap kepada pemberita sempena Mesyuarat Agung Kopeks, di Kota Kinabalu, hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan mengemukakan senarai nama calon Yang Dipertua Negeri (TYT) yang baharu kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau akan menghantar nama calon namun, terserah kepada Agong untuk menentukan siapa yang ingin dilantik.

“Saya akan hantar (nama) nanti, dalam masa yang terdekat. Tapi, terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik TYT,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah (Kopeks) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), hari ini.

Beliau berkata demikian semasa mengulas tentang calon Yang Dipertua Negeri yang bakal menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang akan tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Disember ini.

Tun Juhar dilantik untuk penggal keempat sebagai Yang Dipertua Negeri berkuat kuasa dari 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2024.

Lantikan untuk penggal keempat itu menjadikan Tun Juhar sebagai Yang Dipertua Negeri yang paling lama berkhidmat iaitu selama 10 tahun. Beliau mula dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri pada 1 Januari 2011.

Sejak kebelakangan ini, nama-nama besar dalam arena politik Sabah mula disebut-sebut bakal menjadi Yang Dipertua Negeri yang baharu. Antara nama yang disebut adalah bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan serta bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya