PETALING JAYA: Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) memohon agar harga lantai padi dinaikkan kepada RM1,800 bagi mengimbangi peningkatan kos operasi bersawah. Pengerusinya, Abdul Rashid Yob berkata, kenaikan peruntukan itu merangkumi kos benih, minyak diesel, pembajakan dan menuai. Katanya, penambahan harga padi itu membolehkan pesawah mendapat keuntungan sekurang-kurangnya RM966 per hektar sebulan. “Kami memohon agar harga minimum terjamin padi dinaikkan kepada RM1,800 daripada RM1400 bagi mengimbangi kos operasi bersawah. “Kenaikan harga minimum itu membolehkan pesawah mendapat RM5,800 keuntungan atau RM966 sebulan per hektar, paling minimum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya