Nabila Razali teruja bakal timang anak lelaki - Utusan Malaysia

Nabila Razali teruja bakal timang anak lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Nabila Razali mengumumkan dia dan suaminya, Nik Iruwan bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Nabila menerusi sebuah hantaran video di Instagram ketika penyanyi itu membuat majlis kesyukuran dan ‘gender reveal’, semalam.

“Alhamdulillah, terima kasih buat semua yang hadir, meraikan kenduri kesyukuran dan ‘gender reveal’ Nik dan Bella junior. Sekarang sudah tahu jantina, semua boleh bersedia hadiah untuk baby pula,” katanya.

Dalam perkongsian lain, suami Nabila, Nik turut tidak melepaskan peluang untuk berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik sebuah foto kanak-kanak lelaki bersama sebuah kereta.

“Nik junior. ‘It’s a boy!’,” katanya ringkas di kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya turut meluahkan rasa gembira dengan perkongsian yang dimuat naik oleh penyanyi itu.

“Alhamdulillah, tahniah Nik dan Bella. Syukur,” komen seorang pengikutnya.

“Ada geng nak lumba,” komen seorang lagi warganet.

“Tahniah, Nik dan Bella,” kata seorang pengguna media sosial itu.

Sekadar info, Nabila dan Nik telah mendirikan rumah tangga pada 18 November 2023. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya