PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer, Nana Sheme berpendapat nyanyian Fazura yang dikatakan sumbang oleh warganet mungkin disebabkan ‘in ear monitor’ tidak berfungsi dengan baik.
Jelas Nana atau Nur Nabilah Hashimi, 29, alat berkenaan dapat memberi panduan kepada penyanyi untuk mengawal suara dan nada ketika persembahan.
“Alat in ear monitor dapat membetulkan persembahan.
“Rasanya dia (Fazura) tidak dengar apa yang dinyanyikan,” tulisnya di sebuah ruangan komen.
Tidak hanya Nana, malah pelakon dan penyanyi, Abby Abadi juga turut bersangka baik mengatakan tidak mudah untuk menyanyikan lagu duet secara solo.
“Lagu duet nyanyi berdua bukan senang jika mahu dinyanyikan secara solo. Lagi pula guna ‘minus one’ kosong. Okaylah persembahan ini. Bukan pergi bertanding pun.
“Banyak yang mencaci maki Faz. Dia ke sana dipanggil kerja, tentu ada bayaran. Anda yang maki dapat apa?” tulisnya menerusi hantaran di Instagram Story.
Terdahulu, persembahan penyanyi dan pelakon, Nur Fazura semasa menyanyikan lagu ‘Bertahan Demi Cinta’.
Fazura menyanyikan lagu terbaharunya itu secara langsung di sebuah program temu bual di Indonesia.
Sebelum ini, Fazura sah bercerai dengan suami, Fattah Amin pada 7 Oktober lalu. -UTUSAN