MoU perlu dibincang dengan parti, bukan individu

MoU perlu dibincang dengan parti, bukan individu

TUAN IBRAHIM Tuan Man (kiri) dan Abdul Hadi Awang (duduk) melihat replika Sambutan 70 Tahun Pas Johor di Kompleks Pas Kawasan Batu Pahat di Rengit.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai peruntukkan kepada Ahli Parlimen pembangkang perlu dibincang menerusi parti, bukannya secara sendirian dengan Ahli Parlimen kerana mereka mewakili parti ketika bertanding dalam pilihan raya. 

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perbincangan dengan Ahli Parlimen daripada Pas mesti menerusi parti tersebut, bukan secara individu.

“Mereka mesti mendapat mandat daripada parti, jika ada MoU dan sebagainya mesti parti perlu sokong. 

“Tidak boleh pergi sendirian kerana mereka (Ahli Parlimen) ini mewakili parti. Apa-apa  pun parti perlu tahu,” katanya selepas menghadiri Sambutan 70 Tahun Pas Johor di Kompleks Pas Kawasan Batu Pahat di Kampung Sungai Tongkang, Rengit, malam tadi. 

Turut hadir, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr. Radzi Jidin dan Pesuruhjaya Pas Johor,  Abdullah Hussin.

Rabu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Fadillah Yusof berkata, kerajaan masih terbuka untuk berunding dengan Ahli Parlimen, termasuk wakil rakyat pembangkang berkenaan penyaluran peruntukan.

Setakat ini, hanya seorang Ahli Parlimen, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) yang telah memberi maklum balas selepas rundingan dibuat.

Pada 15 September lalu, pembangkang secara sebulat suara menolak draf MoU berhubung peruntukan Ahli Parlimen atas empat sebab utama, termasuk kebimbangan bahawa beberapa syarat dalam dokumen tersebut mungkin bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan boleh menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya