Monsun Timur Laut dijangka mula Selasa ini

Monsun Timur Laut dijangka mula Selasa ini

KAWASAN Kampung Baru di ibu negara dilanda banjir semalam selepas hujan lebat sejak awal pagi dan keadaan lebih buruk diramal boleh berlaku apabila Monsur Timur Laut dijangka bermula akhir bulan ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Monsun Timur Laut dijangka bermula 5 November ini dan berterusan sehingga Mac tahun depan dengan jangkaan lima hingga tujuh episod hujan lebat berlaku sepanjang tempoh itu.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Mohd Hisham Mohd Anip berkata, hujan lebat dijangka melanda Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah semasa fasa awal Monsun Timur Laut dari November hingga Disember.

Menurutnya, pada Januari hingga Februari 2025 pula, negeri yang lebih berpotensi untuk berlaku hujan lebat ialah di Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Sekiranya luruan monsun yang berlaku adalah kuat dan pada masa sama wujud sistem cuaca tekanan rendah, hujan lebat berterusan boleh berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia.Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai.

“Sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut, risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih ekstrem,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Hisham, tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang juga boleh menyebabkan laut bergelora, risiko kenaikan paras laut dan ombak besar di perairan Laut China Selatan.

Dalam pada itu, beliau berkata, kawasan utara Semenanjung dijangka mengalami kurang hujan menjelang fasa akhir MTL iaitu Januari hingga Mac 2025.

“Keadaan ini akan menyebabkan cuaca panas dan kering serta berpotensi berlakunya gelombang haba.

“Tetapi, keadaan diramal tidak seteruk seperti tahun 2024 disebabkan fenomena La Nina dijangka bermula hujung tahun ini hingga pertengahan tahun hadapan.

“Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh serta sentiasa peka dengan maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MET Malaysia,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya