Minyak peket, gula, diesel bernilai RM87.03 juta dirampas

Minyak peket, gula, diesel bernilai RM87.03 juta dirampas

ARMIZAN Mohd. Ali (duduk, tengah) bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Sains Penguatkuasaan KPDN 2024 di Alor Gajah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seramai 604 dalang ketirisan barangan bersubsidi melibatkan warga asing dan tempatan berjaya ditangkap penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Op Tiris 3.0 bermula 1 Januari lalu.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, tangkapan itu dilakukan di seluruh negara membabitkan pelbagai rampasan barangan bersubsidi seperti minyak masak peket, gula, tepung dan diesel bernilai keseluruhan RM87.03 juta.

“Selain itu, sebanyak 39,069 pemeriksaan dilakukan dan 2,521 kes direkodkan sepanjang operasi tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Sains Penguatkuasaan KPDN 2024 di sini, hari ini.

Tambah Armizan, sebanyak 4,200 premis diperiksa dan 166 aduan awam telah diterima melalui Op Kesan yang bermula 1 Januari hingga 23 November lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya