Mindef kaji beli helikopter  bukan sewa - Khaled

Mindef kaji beli helikopter  bukan sewa – Khaled

MOHAMED KHALED Nordin (tengah) dan Azizul Azily Ahmad bergambar bersama-sama para penerima Zakat Wakalah Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd., di Masjid Muhajirin, Masai, Pasir Gudang/pix RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kementerian Pertahanan (Mindef) perlu mengkaji sama ada terdapat keperluan membeli terus helikopter bagi kegunaan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan bukan menyewa seperti cadangan sebelum ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun berkata, perkara itu bakal memakan tempoh lebih lama kerana ketiadaan helikopter tersedia mengikut spesifikasi dikehendaki.

“Kita perlu faham usaha mendapatkan satu-satu perolehan aset akan memakan masa. Dalam konteks helikopter Black Hawk yang ingin diperoleh TDM, mereka perlu buat kajian untuk mendapatkan helikopter yang mengikut spesifikasi dikehendaki.

“Saya percaya ini sedang diusahakan, perancangan awal adalah untuk menyewa helikopter bagi tempoh lima tahun dan bukan membeli. Tetapi jika itu tidak dapat diteruskan, mungkin kita perlu fikir untuk membeli, tetapi itu mungkin memakan masa lebih lama,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Serahan Zakat Wakalah Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd. (BHPetrol) di Masjid Muhajirin, Masai, Pasir Gudang, dekat sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol Ir. Azizul Azily Ahmad. 

Pada 6 November lalu, Mohamed Khaled yang juga  Ahli Parlimen Kota Tinggi memaklumkan Mindef mengemukakan notis pembatalan kontrak sewaan empat helikopter Black Hawk kepada syarikat kontraktor yang gagal membekalkan pesawat itu bagi kegunaan TDM.

Keputusan itu dibuat selepas syarikat berkenaan tidak memenuhi tarikh akhir yang ditetapkan walaupun sudah dilanjutkan sehingga hujung Oktober lalu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya