JOHOR BAHRU: Kementerian Pertahanan (Mindef) mengkaji sama ada terdapat keperluan membeli terus helikopter bagi kegunaan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan bukan menyewa seperti cadangan sebelum ini. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun berkata, perkara itu bakal memakan tempoh lebih lama kerana ketiadaan helikopter tersedia mengikut spesifikasi dikehendaki. “Kita perlu faham usaha mendapatkan satu-satu perolehan aset akan memakan masa. Dalam konteks helikopter Black Hawk yang ingin diperoleh TDM, mereka perlu buat kajian untuk mendapatkan helikopter yang mengikut spesifikasi dikehendaki. “Saya percaya ini sedang diusahakan, perancangan awal adalah untuk menyewa helikopter…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya