MIHAS@Dubai 2024 catat kejayaan besar - Ahmad Zahid

MIHAS@Dubai 2024 catat kejayaan besar – Ahmad Zahid

AHMAD Zahid Hamidi semasa mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Parlimen, hari ini. - IHSAN FACEBOOK ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penganjuran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Dubai 2024 telah mencatatkan kejayaan besar apabila mencatatkan nilai jualan mencecah RM2.2 bilion.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah itu telah melebihi sasaran nilai jualan eksport sebanyak RM1 bilion yang ditetapkan pihaknya sebelum ini.

“Saya sempat kongsikan tentang kejayaan MIHAS@Dubai baru-baru ini, yang juga melibatkan usahawan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, di mana pada awalnya kami telah menetapkan sasaran nilai jualan eksport sebanyak RM1 bilion.

“Tetapi Alhamdulillah melalui usaha gigih dan strategi yang berimpak tinggi, ianya telah berjaya mencatatkan nilai jualan mencecah RM2.2 bilion.

“Ini adalah contoh terbaik bagaimana sasaran yang jelas, digabungkan dengan pendekatan kreatif dan kerja keras mampu menghasilkan pencapaian yang lebih tinggi,” katanya dalam Facebook beliau hari ini selepas mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Parlimen, hari ini.

MIHAS@Dubai 2024 dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) berlangsung di Emiriah Arab Bersatu (UAE) selama tiga hari dari 18 hingga 20 November.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid selaku Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, beliau telah menyarankan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mencontohi kejayaan MIHAS@Dubai 2024 selain mengadakan beberapa lagi ‘game changer’ (pengubah keadaan) dalam pembangunan desa.

“Kita perlu berani memperkenalkan inisiatif baharu yang mampu melonjakkan ekonomi desa, memperkasakan penduduk luar bandar serta memastikan produk dan perkhidmatan desa mampu menembusi pasaran global,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya