Menteri PN cadang  Kor Ming ditukar sebab tidak jawab soalan 

Menteri PN cadang  Kor Ming ditukar sebab tidak jawab soalan 

NGA Kor Ming - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pembangkang kecewa terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming kerana mengambil masa yang lama untuk menjawab isu yang dibangkitkan ketika sesi penggulungan kementerian itu, hari ini.

Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, Kor Ming mengambil masa sehingga lapan minit untuk menceritakan kejayaan kementeriannya yang tidak dibangkitkan oleh mana-mana pembahas.

Selain itu, beliau mendakwa Kor Ming dengan sengaja ingin mengelak untuk menjawab isu dibangkitkan meskipun boleh untuk memberikan jawapan bertulis.

“Kami perhati Menteri mengambil masa sehingga lapan minit untuk menceritakan kejayaan kementeriannya. Kemudian masa yang berbaki itu beliau tidak menjawab sebahagian besar apa yang ahli parlimen bangkitkan. Baik dari sebelah pembangkang mahupun kerajaan, tidak sentuh isu-isu yang dibangkitkan.

“Kita percaya Menteri macam nak mengelak untuk menjawab. Memang dia boleh untuk beri jawapan bertulis tetapi sepatutnya jawab secara lisan (terlebih dahulu). Perbahasan peringkat jawatankuasa adalah perbahasan yang terperinci. Jadi sepatutnya jawab terus isu dibangkitkan.

“Hampir semua ahli parlimen tidak bertanya mengenai apakah kejayaan KPKT. Namun, itu jawapan yang beliau habiskan dalam masa hampir lapan minit. Kalau KPKT berjaya seperti yang didakwa, sepatutnya beliau berani menjawab soalan di parlimen kerana kami membawa isu rakyat,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional turut mencadangkan Kor Ming disertakan dalam rombakan Kabinet selepas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) seperti dicadang oleh pembangkang untuk ditukarkan.

“Kalau begini sikap Menteri di Dewan Rakyat, maka di Dewan mana lagi tempat kita untuk kerajaan memberikan penjelasan? Saya rasa Menteri KPKT perlu rujuk Menteri Kerja Raya (KKR) kerana dia lagi baik. 

“Saya rasa kerajaan patut rombak semula Kabinet. Perdana Menteri patut tukar Menteri KPKT kepada orang lain. Lantik Timbalan Menteri menjadi Menteri pun tiada masalah, lagi bagus. Mungkin Perdana Menteri melawat luar negara lama, jadi Menteri pun buat perangai seperti ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, seharusnya Menteri menjawab sesegera mungkin bagi memboleh ahli parlimen memberitahu kepada rakyat di kawasan masing-masing.

“Saya merasa amat kecewa kerana saya membawa isu rakyat yang memerlukan jawapan tuntas daripada Menteri KPKT dan bukannya bermain drama di dalam Dewan Rakyat. Jadi ini amat mengecewakan kami di blok pembangkang untuk menjawab kepada rakyat.

“Apabila dia buat begini, saya setuju dengan cadangan Alor Setar untuk rombak semula Kabinet. Kalau sebelum ini saya meminta Menteri MOTAC ditukarkan tetapi saya rasa hari ini saya minta Menteri KPKT pun ditukarkan atas dasar tiada tanggungjawab,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya