MEDIU tempat kedua Penunjuk Pelajar Antarabangsa

MEDIU tempat kedua Penunjuk Pelajar Antarabangsa

UNIVERSITI Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) menduduki tempat kedua antara 10 Universiti Terbaik di Asia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) menduduki tempat kedua antara 10 Universiti Terbaik di Asia bagi pelajar antarabangsa berdasarkan ranking QS Asia University Rankings 2025.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Datuk Dr. Saeed Niwifea Alhazmi dalam satu kenyataan  berkata, selain institusi itu, beberapa  universiti lain turut mendapat pengikitrafan antaranya  Universiti Segi (kelima); Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik (keenam), Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (kelapan) dan Universiti Sains dan Teknologi Malaysia di kedudukan kesembilan.

Katanya, pengiktirafan itu membuktikan universiti tersebut semakin berkembang dan dikenali dalam pendidikan di peringkat global. 

““Kedudukan ini mencerminkan dedikasi kami terhadap pendidikan dalam menyedia dan memberikan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk pelajar peringkat pengajian tinggi.

“Melalui budaya inovasi berterusan dalam pengajaran, penyelidikan dan kerjasama, kami komited sebagai sebuah universiti antarabangsa terkemuka yang menggalakkan pelbagai ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek untuk berkhidmat kepada manusia dan untuk menggalakkan kemajuan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Saeed Niwifea berkata, MEDIU diwujudkan 13 tahun lalu hasil kerjasama Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi adalah sebagai universiti berkonsep wakaf yang ketika itu dikenali peneraju universiti maya atau dalam talian sebelum memulakan pengajian dalam kampus pada 2010. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya