MCMC di fasa akhir laksana saluran notis bencana - Fahmi

MCMC di fasa akhir laksana saluran notis bencana – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini pada fasa akhir bagi melaksanakan saluran notis bencana iaitu amaran kecemasan bagi apa-apa bencana termasuk banjir.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, sistem amaran itu bagaimanapun tidak menggunakan medium sistem pesanan ringkas (SMS).

Beliau berkata, sistem amaran itu akan memanfaatkan dan disalurkan terus menerusi telefon pintar masing-masing.

“Saya telah minta MCMC untuk laksanakan sistem itu dan MCMC di peringkat akhir untuk meneliti beberapa pilihan.

“Sistem itu juga akan diselaras dengan pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma),” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Forum Kisah Kejayaan Idea Malaysia di Festival Idea Putrajaya di sini, hari ini.

Katanya, sistem itu kelak akan menjadi satu alat Komunikasi tambahan kerana ia ada elemen ‘geolocation’ (teknologi yang menggunakan data untuk menentukan lokasi).

Fahmi berkata, sistem notis amaran itu boleh dihantar kepada sekumpulan orang di satu-satu lokasi termasuk maklumat lain seperti lokasi pusat pemindahan sementara (PPS).

Ditanya adakah sistem itu sempat dilaksanakan bagi musim Monsun Timur Laut (MTL) ketika ini, Fahmi berkata, beliau akan mendapatkan pengesahan daripada MCMC terlebih dahulu.

“Saya tak pasti sempat dilaksanakan atau tidak tapi saya akan dapat taklimat daripada MCMC kerana ada proses perlu dilalui. Saya harap ia dapat dipercepatkan,” katanya.

Ketika ini, situasi banjir di Kelantan dan Terengganu bertambah buruk dengan pertambahan jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS berbanding malam tadi.

Di Kelantan, sebanyak 3,110 mangsa daripada 938 keluarga dipindahkan ke 51 PPS di sembilan jajahan setakat 9.30 pagi tadi, berbanding 250 orang daripada 36 keluarga malam tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sembilan jajahan terlibat ialah Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok, Tanah Merah, Kuala Krai, Pasir Puteh, Jeli, Machang dan Tumpat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya