Maut motosikal bertembung kereta dipandu pelajar tingkatan lima

Maut motosikal bertembung kereta dipandu pelajar tingkatan lima

KERETA Perodua Bezza yang dipandu seorang pelajar perempuan tingkatan lima dalam kejadian nahas di persimpangan Klebang Utama, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Malang tidak berbau buat seorang remaja lelaki apabila motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta yang dipercayai melanggar lampu isyarat di persimpangan Klebang Utama di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, kereta Perodua Bezza terlibat dipandu seorang pelajar perempuan tingkatan lima yang tidak mempunyai lesen memandu.

Ujarnya, mangsa yang berusia 18 tahun itu juga tidak mempunyai lesen memandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

“Ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari Bulatan Klebang menuju ke Limbongan.

“Sebaik tiba di lokasi, sebuah kereta Perodua Bezza dipandu remaja perempuan berusia 17 tahun dari Klebang Utama ke Bulatan Klebang dipercayai melanggar lampu isyarat lalu bertembung dengan motosikal mangsa.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan,” katanya.

Tambah Christopher, setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN