Masyarakat India terima pelbagai peruntukan kerajaan

Masyarakat India terima pelbagai peruntukan kerajaan

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid dan Gobind Singh Deo pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali Madani 2024 di Sentul Depot, Kuala Lumpur semalam. -UTUSAN/ SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum terutama masyarakat India yang telah diberikan pelbagai peruntukan dan manfaat.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, ia dibuktikan menerusi peruntukan RM130 juta dalam pelbagai program termasuk pembiayaan perniagaan, kebajikan dan sosial masyarakat India.

“Perdana Menteri menekankan usaha menyelaras keperluan kaum India.

“Begitu juga peruntukan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun) untuk semua kaum dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) kini diperluaskan kepada masyarakat India,” katanya berucap dalam Majlis Rumah Terbuka Deepavali Madani anjuran Kementerian Digital di Sentul Depot di sini, semalam.

Menurut Gobind, selain itu, Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) turut meluluskan lebih RM95 juta bagi melaksanakan 11 program pembangunan sosioekonomi.

Dalam pada itu, Gobind berkata, kemajuan sosioekonomi rakyat harus bergerak seiring dengan pembangunan negara termasuk dalam aspek digital seperti kecerdasan buatan (AI), semikonduktor dan animasi.

“Dunia digital mampu memberi sinar harapan baharu kepada kita semua.Kementerian Digital komiterd dalam usaha memperkasa tiga teras utama iaitu infrastruktur, daya tahan digital dan bakat,” ujarnya.

Sementara itu dalam majlis sama, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, sambutan menggalakkan orang ramai pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali Madani menjadi petunjuk  rakyat di negara ini mampu bersatu hati di bawah satu negara pelbagai bangsa.

Menurutnya, program yang terbuka kepada semua masyarakat itu dapat memupuk semangat perpaduan walaupun berbeza agama, bangsa dan ideologi politik.

Malah katanya, ia menjadi satu kekuatan yang ada pada perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Walaupun ada perbezaan pandangan politik tapi kita boleh memahami (toleransi) agama.

“Malah, kita boleh menyambut bersama dalam suasana yang harmoni, aman damai dan permai. Inilah semangat perpaduan  yang kita ingin pupuk di seluruh negara.

“Jadi, kita ambil kesempatan sambutan Deepavali ini untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama kita walaupun berbeza pandangan agama,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya