Mangsa lemas tinggalkan tiga anak masih kecil - Utusan Malaysia

Mangsa lemas tinggalkan tiga anak masih kecil

MUHAMMAD Nasri Hamidi ditemui pemberita di Hospital Kampar semalam. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Muhammad Nasri Hamidi, 51, hilang dua ahli keluarga tersayang iaitu arwah ibu dan adik bongsunya meninggal dunia pada bulan November walaupun pada tahun yang berbeza.

Muhammad Nasri berkata, arwah ibunya meninggal pada 9 November 2022 sebelum disusuli adik bongsu Allahyarham Mohamad Khairul Hakim Hamidi yang ditemukan lemas semasa terlibat sama dalam aktiviti berakit meredah jeram (water rafting) di Sungai Jahang, Gopeng pada pukul 3.30 petang semalam.

“Arwah mak saya meninggal pada 9 November 2022 disusuli pula adik bongsu (Allahyarham Mohamad Khairul Hakim Hamidi) yang paling disayangi daripada enam adik beradik pada 15 November 2024.

“Allahyarham (Mohamad Khairul Hakim Hamidi) tidak menunjukkan sebarang sebarang perubahan tingkah laku dan pelik dan saya sempat berjumpa dengannya dua bulan lalu semasa kenduri di kampung,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik, Hospital Kampar di sini malam semalam.

Mohamad Khairul Hakim meninggalkan tiga anak yang masih kecil iaitu seorang perempuan dan dua lelaki berusia enam hingga 12 tahun.

Arwah adiknya disifatkan oleh Muhammad Nasri sebagai seorang bapa yang rapat dengan tiga orang anaknya yang masih kecil.

“Isterinya bekerja sebagai pegawai Kastam bekerja syif termasuk malam. Pengurusan anak, tidur dan makan arwah yang uruskan menyebabkan mereka manja dengannya.

“Saya tidak dapat membayangkan anaknya masih kecil dan kehilangan ayah yang mereka sangat manja. Selain itu, arwah bukan sahaja ringan tulang dan memang banyak membantu keluarga, adik-beradik, saudara-mara dan kawan-kawan,” katanya.

Tambahnya, arwah adiknya tidak menunjukkan sebarang perubahan dan perilaku pelik sebelum ini dengan pertemuan terakhir mereka semasa menghadiri kenduri kahwin di kampung.

Ujarnya, beliau berharap proses bedah siasat itu dapat diselesaikan dengan segera hari ini kerana telah mendapat persetujuan isteri arwah dan adik-beradik lain untuk proses pengebumian di Kampung Bukit, Pokok Sena, Alor Setar, Kedah.

Kejadian kepala air ekoran hujan lebat dikatakan menjadi punca tiga pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) lemas semasa melakukan aktiviti berakit meredah jeram (water rafting) di Sungai Jahang, Gopeng pada pukul 3.30 petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mereka yang lemas ialah Allahyarham Mohamad Khairul Hakim Hamidi dan Allahyarham Muhammad Ikram Abdul Bari masing-masing berumur 37 dan 29 tahun dan Allahyarham Suhaili Mat Saad, 47.

Ketiga-tiga mangsa antara tujuh kakitangan JKR Langkawi, Kedah dan 14 kakitangan dari JKR Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang yang menginap di sebuah resort berdekatan sungai itu untuk terlibat dalam program ‘team building’.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, ketiga-tiga mangsa meninggal dunia selepas bot yang dinaiki mereka terbalik sebelum dihanyutkan arus sungai yang deras. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya