KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini semakin bertambah dengan Sekolah Kebangsaan (SK) To’Deh, Rantau Panjang menjadi pusat pemindahan sementara (PPS) yang terbaharu diaktifkan selepas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor, Bachok.
Sekretariat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri berkata, setakat pukul 4 petang semalam seramai 76 mangsa daripada 19 buah keluarga itu berlindung di kedua-dua PPS tersebut.
“PPS SK To’Deh diaktifkan pada pukul 9.30 pagi tadi (semalam) yang menempatkan 32 mangsa daripada tujuh keluarga.
“Setakat ini dua batang sungai iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras amaran.
“Sementara Sungai Golok di Kuala Jambu (Tumpat) berada pada tahap waspada,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Sekretariat APM, sungai utama lain pula berada pada paras normal.