Malim Gunung yakin pertahan kejuaraan larian denai 100km - Utusan Malaysia

Malim Gunung yakin pertahan kejuaraan larian denai 100km

DAVED Simpat (dua dari kanan) bersama peserta yang mengambil bahagian acara arian denai sejauh 100 kilometer Malaysia Ultra Trail – UTMB 2024 pada sidang akhbar di Taiping hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Wakil negara, Daved Simpat yakin mempertahankan kejuaraan larian denai sejauh 100 kilometer pada acara Malaysia Ultra Trail – UTMB 2024 di sini pada awal pagi esok.

Dia yang merupakan malim Gunung Kinabalu sedia berdepan saingan daripada beberapa atlet larian denai yang terkenal yang menyertai acara kali ini.

“Saya sudah mempersiapkan diri saya dari segi mental dan fizikal untuk menyertai acara bertaraf dunia ini.

“Walaupun terdapat beberapa atlet bertaraf dunia dari negara China seperti Duo Ji, Liang Disi, Bai Xingzhi dan dari Nepal iaitu Sange Sherpa, saya yakin dapat meraih kedudukan teratas.” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebanyak 10 buah negara menyertai larian denai UTMB yang diadakan bermula hari ini hingga 17 Oktober.

Para peserta akan diuji kekuatan dan ketahanan diri mereka dalam perlumbaan di kawasan rizab hutan dan kawasan hutan simpan di Taiping.

Para peserta akan merasai pelbagai jenis laluan antaranya trek di laluan landasan keretapi lama, laluan ladang hingga ke kawasan hutan lasak dan pemenang berpeluang mengutip mata untuk layak ke final Siri Dunia UTMB di Perancis tahun depan.

Daved Simpat berkata, pada 16 Oktober lalu, dia menyertai larian bertaraf dunia di Korea Selatan yang disertai peserta dari 22 buah negara Asia Pasifik dan meraih tempat ke-10 dengan catatan masa 12 jam 15 minit.

Katanya, pada 6 Oktober lalu dia meraih tempat pertama pertandingan larian di Gunung Kinabalu.

“Saya membuat persiapan sejak tiga bulan lalu dan yakin mampu mempertahankan kejuaraan yang saya menangi tahun lalu.

“Saya mahu memperbaiki rekod masa larian dan berharap dapat mengutip mata untuk saya menyertai larian denai bertaraf dunia di Perancis,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya