Malaysia tangga kedua indeks jenayah Asean - Utusan Malaysia

Malaysia tangga kedua indeks jenayah Asean

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kedudukan Malaysia dalam indeks jenayah di rantau Asia Tenggara membimbangkan selain menuntut kerajaan memainkan peranan penting dalam mengelak perkara ini daripada terus berlaku.

Berdasarkan pangkalan data global oleh Numbeo.com, Malaysia saling bertukar kedudukan dengan Kemboja di tangga pertama hingga kedua antara tempoh 2020 hingga 2024.

Indeks sama mengikut bandar pula menunjukkan Kuala Lumpur berada pada tangga kedua diikuti Johor di tangga ketujuh dan Pulau Pinang di tangga ke-13 setakat 2024.

Penganalisis jenayah, Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, masalah sosial di negara ini seharusnya dipandang serius dan menjadi fokus utama kerajaan kerana perkara itu akan mendatangkan jenayah apabila ia tidak dikawal.

“Kewujudan kes jenayah seperti pembunuhan tanpa niat dan trend bunuh diri adalah berpunca daripada masalah sosial seperti pergaduhan yang mungkin dilihat kecil oleh masyarakat.

“Malaysia dilihat menjadi negara yang tinggi indeks jenayahnya sehingga kekal berada di kedudukan dua tertinggi untuk tempoh beberapa tahun sehingga kini.

“Walaupun pihak berkuasa semakin aktif dengan undang-undang yang semakin ketat dan kes dapat diselesaikan dengan agak baik, namun kadar jenayah boleh jadi lebih parah jika tidak dibendung segera,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan kerajaan tidak akan berdiam diri sebaliknya akan mengatur langkah strategik dan bersatu dalam mendepani masalah sosial yang kian membimbangkan selain menggugat kesejahteraan rakyat.

Dalam pada itu, pensyarah di Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia (PsiTra), Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr. Rozmi Ismail berkata, faktor utama kepada masalah sosial yang semakin memuncak dalam masyarakat khususnya golongan muda adalah faktor lingkungan keluarga.

Menurutnya, pemantauan ibu bapa kini dilihat tidak begitu baik sehingga kanak-kanak dibiar dan tidak dipantau kerana sibuk bekerja dan akhirnya mengakibatkan mereka melakukan perkara yang melanggar undang-undang.

“Masalah sosial berkaitan golongan dewasa seperti keganasan rumah tangga dan perceraian dikatakan berpunca daripada keadaan sosioekonomi dan faktor diri sendiri.

“Terlalu aktif dalam media sosial juga boleh menyumbang kepada berlakunya pelbagai isu sosial seperti perceraian. Lihat sahaja selebriti yang bercerai baru-baru ini seperti cendawan tumbuh selepas hujan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya