Malaysia, Singapura bincang percepat JS-SEZ

Malaysia, Singapura bincang percepat JS-SEZ

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) telah mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan perkembangan penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Menteri Pembangunan Negara Singapura, Desmond Lee.

Rafizi berkata, mesyuarat itu membincangkan mengenai draf perjanjian bersama penubuhan JS-SEZ antara Malaysia dan Singapura yang dijangka akan ditandatangani semasa Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11.

“JS-SEZ bertujuan untuk membawa manfaat bersama kepada perniagaan dan rakyat kedua-dua negara, termasuk meningkatkan aliran barangan dan manusia, kemudahan menjalankan perniagaan, dan menyokong pembangunan tenaga kerja,” katanya dalam kenyataan.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Pengangkutan Singapura, Chee Hong Tat.

Tambah beliau, JMCIM juga akan membuat penstrukturan semula penganjurannya tahun depan bagi menyokong inisiatif itu dan kemajuannya dengan lebih baik.

“Persidangan semula pada separuh pertama 2025 diharapkan mampu untuk mengekalkan momentum positif kerjasama dua hala,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya