Malaysia sedia selaras dasar, penuhi permintaan industri baharu

Malaysia sedia selaras dasar, penuhi permintaan industri baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia bersedia menyelaras dasar bagi memenuhi permintaan baharu industri sebagai satu pendekatan bagi menarik lebih banyak pelaburan bernilai tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai contoh, pada masa kini Malaysia sedang melakukan penilaian semula secara menyeluruh mengenai dasar berkenaan permintaan air yang tinggi daripada pusat data.

“Kami tidak pernah menerima permintaan air yang begitu tinggi melainkan pada masa ini daripada pusat data ini.

“Saya tidak pasti apakah yang mereka lakukan dengan air itu, tetapi mereka terus mahukan lebih banyak air, lebih banyak tenaga,” kata beliau pada Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dalam sesi bertajuk ‘Peluang dan Cabaran dalam Revolusi Kecerdasan Buatan (Al) di sini pada Khamis.

Ahli panel lain dalam sesi itu ialah Naib Presiden Data dan Al Microsoft Zia Mansoor, CEO Vobile Yangbin Wang dan Naib Presiden Hal Ehwal Kerajaan dan Dasar Awam Google Karan Bhatia.

Turut hadir ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Ahli Majlis Perniagaan APEC (ABAC) Kanada Jan De Silva ialah moderator bagi program itu yang diadakan di Grand National Theatre of Peru.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya