Malaysia perlu main peranan pintu utama perdagangan ASEAN

Malaysia perlu main peranan pintu utama perdagangan ASEAN

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia selaku negara ASEAN perlu memainkan peranan penting dalam blok itu sebagai platform perdagangan penting dengan menawarkan akses yang mudah bagi menembusi peluang pasaran di rantau ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menekankan betapa pentingnya Malaysia dalam blok tersebut dengan melancarkan aliran perdagangan dan mengurangkan halangan birokrasi bagi menarik pelaburan asing. 

Dalam wawancara bersama Forbes, beliau menyifatkan bahawa ASEAN sebagai platform perdagangan penting dengan menawarkan akses mudah ke negara Asia Tenggara.

“Kedudukan geografi strategik Malaysia jelasnya, juga memungkinkan peluang perdagangan yang lebih luas dengan rakan bukan ASEAN, termasuk India dan Australia,” katanya dalam wawancara tersebut yang dilaporkan oleh Profesor Sekolah Perniagaan Henly, Universiti Reading, Profesor Benjamin Laker.

Laporan itu juga memetik pandangan Profesor Pengurusan Sumber Manusia King’s Business School, King’s College London, Chidiebere Ogbonnaya yang memberitahu, komitmen Malaysia terhadap pemudah cara perdagangan mencerminkan trend global lebih luas di mana kerajaan secara strategik memposisikan kedudukan bagi menyertai dan memaksimumkan manfaat rantaian nilai global.

Ogbonnaya berkata, Malaysia memiliki rangka kerja teori integrasi rantaian nilai global di mana inisiatif diterajui oleh kerajaan di samping kedudukan geografi strategik membolehkan syarikat menyelaraskan operasi rentas sempadan.

Selain itu, ia mengintegrasikan sistem pengeluaran serantau dan meningkatkan penyertaan mereka dalam ekonomi global yang saling berkait antara satu sama lain.

“Negara seperti Malaysia memanfaatkan lokasi dan rangka kerja dasar mereka bukan sahaja untuk menarik pelaburan tetapi juga untuk mengintegrasikan diri dalam rangkaian pengeluaran ekonomi maju dan membangun,” katanya kepada Forbes.

Secara keseluruhan, Forbes menyatakan bahawa penekanan Anwar terhadap pemudahcara perdagangan mencerminkan cita-cita Malaysia untuk menjadi hab serantau utama.

Menurut media berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu, infrastruktur kukuh Malaysia dan ekonomi digital pesat berkembang serta dasar perdagangan yang proaktif menjadikannya destinasi menarik bagi industri mahu meluaskan sayap di Asia Tenggara.

Namun begitu, laporan itu berkata, iklim perniagaan harus memberi keutamaan kepada penilaian analitik terhadap dasar dan keadaan pasaran Malaysia daripada bergantung sepenuhnya pada naratif yang dipromosikan oleh kerajaan.

“Oleh itu, penekanan Perdana Menteri Anwar Ibrahim terhadap pemudahcaraan perdagangan dan perkongsian ekonomi menonjolkan kepentingan serantau Malaysia. 

“Walau bagaimanapun, perniagaan harus mengutamakan penilaian analitik terhadap dasar-dasar dan keadaan pasaran Malaysia daripada bergantung semata-mata pada naratif yang dipromosikan oleh kerajaan. 

“Dengan mengintegrasikan Malaysia ke dalam strategi serantau yang lebih luas, syarikat-syarikat dapat membuka potensinya sebagai pintu masuk ke Asia Tenggara sambil mengharungi kerumitan ekonomi global yang semakin saling berkaitan,” tambah laporan itu.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya