Malaysia - Perancis kukuhkan kerjasama termasuk industri AI

Malaysia – Perancis kukuhkan kerjasama termasuk industri AI

ANWAR Ibrahim bersama Presiden Perancis, Emmanuel Macron di Sidang Kemuncak G20 di Rio de Janeiro Brazil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia – Perancis menyatakan komitmen untuk terus mengukuhkan hubungan dan kerjasama di sektor perdagangan, pelaburan, pelancongan dan pertahanan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron di Sidang Kemuncak G20 di Rio de Janeiro Brazil.

Katanya, selain membincangkan kerjasama di sektor perdagangan, pelaburan, pelancongan dan pertahanan, beliau turut menyuarakan hasrat Malaysia untuk bekerjasama dengan Perancis dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI).

“Kami turut membincangkan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 yang mana saya nyatakan penghargaan kepada Presiden Macron atas dukungan menerusi Kerjasama Pembangunan ASEAN – Perancis,” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Perdana Menteri berkata, dalam pertemuan itu juga, kedua-dua mereka turut membincangkan isu genosid di Palestin yang perlu kepada gencatan senjata segera.

“Selain itu, kami berdua juga sempat membincangkan perihal genosid yang berlaku di Palestin yang mana ia memerlukan gencatan senjata sesegera mungkin dan kerjasama semua pihak untuk menamatkan penderitaan rakyat di sana,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya