Malaysia mahu pelajari teknologi akuakultur dari Bahrain

Malaysia mahu pelajari teknologi akuakultur dari Bahrain

MALAYSIA berharap dapat bekerjasama dengan Bahrain dalam teknologi ketepatan pertanian dan penggunaan air kitar semula.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia menyasarkan untuk meningkatkan pengeluaran sektor akuakultur daripada 40 peratus kepada 60 peratus dengan mahu mempelajari teknologi serta kepakaran dari Bahrain yang berjaya menjalankan aktiviti itu di laut secara meluas.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam kenyataan memaklumkan, menerusi kerjasama antara kedua-dua pihak boleh diterokai itu bertujuan untuk meningkatkan aktiviti akuakultur tempatan di perairan negara.

Dalam pada itu, Malaysia berkongsi pengalaman mengenai pengurusan pengairan dan saliran serta berharap dapat bekerjasama dengan Bahrain dalam teknologi ketepatan pertanian dan penggunaan air kitar semula yang merupakan sumber air mampan dan selamat dalam pengeluaran pertanian.

Katanya, penggunaan air kitar semula dapat menjimatkan kos pengeluaran pertanian serta melindungi sumber air.

“Kementerian mengalu-alukan kerjasama teknikal dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam sektor pertanian antara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dengan institusi penyelidikan di Bahrain sebagai inisiatif memperkukuh keterjaminan makanan,” katanya, hari ini.

Terdahulu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menerima kunjungan hormat Duta Besar Bahrain Ke Malaysia, Dr. Waleed Khalifa Almanea di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), baru-baru ini.

Selain membincangkan potensi kerjasama dua hala terutamanya dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan, pertemuan sulung kedua-dua pemimpin turut memfokuskan usaha bagi meningkatkan akses pasaran produk Malaysia ke Bahrain serta menerokai pasaran di Negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (Gulf Cooperation Council-GCC). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya