Malaysia-Korea Selatan akan bekerjasama bina infrastruktur lebuh raya

Malaysia-Korea Selatan akan bekerjasama bina infrastruktur lebuh raya

ALEXANDER Nanta Linggi ( tiga dari kiri) bersama TYT Park Sang-Woo pada mesyuarat dua hala bersamanya dan pasukan Kementerian KKR, di Kuala Lumpur petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerjasama tersebut melibatkan aspek pembangunan dan pengurusan lebuh raya yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih.

Menurut beliau, Korea Selatan merupakan antara negara yang mempunyai kepakaran, teknologi dan reka bentuk jalan raya yang canggih serta berpengalaman luas dalam projek infrastruktur berskala besar.

“Usaha in dilihat dapat memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara yang telah menjalinkan hubungan diplomatik yang sangat erat sejak 1960.

“Kerjasama ini juga dijangka dapat menyediakan peluang pekerjaan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia melalui kemudahan infrastruktur jalan raya yang lebih baik dan efisien,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasminya, hari ini.

Beliau berkata, hasrat kerjasama itu disampaikan oleh Menteri Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan Korea Selatan, Park Sang-Woo dalam mesyuarat dua hala bersama dan pasukan Kementerian Kerja Raya (KKR) di Kuala Lumpur, petang semalam.

Katanya, dalam pertemuan itu, beliau turut menyatakan harapan agar kerjasama yang bakal dimeterai dapat menjadi platform untuk kedua-dua negara melaksanakan pertukaran idea dan teknologi khususnya dalam pembinaan dan pengurusan lebuh raya di Malaysia terutama dalam aspek keselamatan, kelestarian dan keberkesanan kos. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya