Malaysia kecam serangan anggota pengaman, gesa PBB ambil tindakan segera

Malaysia kecam serangan anggota pengaman, gesa PBB ambil tindakan segera

SEORANG anggota Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) diberi rawatan selepas cedera dalam serangan berhampiran Stadium Saida, Lubnan, ketika tentera pengaman itu sedang dalam perjalanan dari Beirut ke Kem Marakah, kelmarin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel di Sidon, Selatan Lubnan yang mengorbankan tiga orang awam selain mencederakan enam anggota pengaman Malaysia yang bertugas dalam Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL).

Wisma Putra dalam kenyataan berkata, susulan itu, Malaysia menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengambil tindakan segera, tegas, dan bersepadu.

Katanya, ia bagi memastikan keselamatan semua anggota pengaman yang memenuhi mandat Majlis Keselamatan PBB.

“Serangan haram berterusan Israel mencabul Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa, Konvensyen Geneva dan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1701 merupakan asas kepada mandat UNIFIL untuk melaksanakan misi dan operasi di rantau tersebut.

“Peranan penting UNIFIL ini tidak boleh terjejas,” katanya hari ini.

Kata kenyataan itu, Malaysia sekali lagi menegaskan bahawa keselamatan pasukan pengaman PBB serta petugas, konvoi dan infrastruktur misi kemanusiaan perlu sentiasa dilindungi dan diutamakan.

“Ini merupakan satu kewajipan di bawah undang-undang antarabangsa yang tidak boleh dikompromi dan harus dipatuhi oleh semua negara tanpa sebarang pengecualian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya