Malaysia bersedia perkukuh hubungan serantau menerusi ASEAN

Malaysia bersedia perkukuh hubungan serantau menerusi ASEAN

ANWAR Ibrahim ketika menyampaikan Syarahan Umum di Universiti Peking, Beijing, China, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia lagi sekali menegaskan bersedia untuk memperkukuh hubungan serantau ketika negara ini bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN pada 2025.

Pada masa sama, Perdana Menteri,  Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hubungan antara Malaysia dan China yang terjalin selama 50 tahun akan terus diperkukuh terutama dalam sektor ekonomi, perniagaan dan pelaburan, tenaga dan pendidikan.

“Malaysia juga bersedia untuk memperkukuh persahabatan dan kerjasama dalam semua sektor terbabit bersama China dan juga negara serantau,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook miliknya.

Tambah beliau, lawatan kerja bersama delegasi ke China kali ini memberi kesan mendalam serta hubungan peribadi antara dirinya dan Presidien China, Xi Jinping.

Dalam pertemuan terakhirnya di Great Hall of The People petang semalam, Anwar berkata, hasil kunjungannya kali ini juga turut menjemput Jinping untuk menghadiri persidangan ASEAN GCC + China di Malaysia tahun hadapan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya