Malaysia bakal tingkat eksport ke pasaran UAE

Malaysia bakal tingkat eksport ke pasaran UAE

AHMAD Zahid Hamidi (dua dari kanan) dalam pertemuan dengan Suhail Mohamed Al Mazrouei di Emiriah Arab Bersatu, semalam. – FB AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal menerima manfaat untuk me­ningkatkan eksport makanan dan produk halal selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyatakan komitmennya memperluas pasarannya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga dan Infrastruktur UAE, Suhail Mohamed Al Mazrouei bagi membincangkan beberapa kerjasama yang bakal mengukuhkan lagi hubungan dua hala.

Kata beliau, perbincangan tersebut termasuk isu keterjaminan makanan, potensi kerjasama dalam sektor pengurusan logistik dan pelabuhan, kerjasama dalam pengurusan bencana serta kerjasama dalam pembangunan pusat data menggunakan tenaga hijau.

“Saya dapat melihat kesungguhan UAE dalam memastikan ketersediaan bekalan makanan di rantau ini dengan menjadi pusat utama bagi eksport semula produk makanan.

“Ini secara tidak langsung membuka peluang besar bagi Malaysia untuk meningkatkan eks­port produk makanan dan halal ke pasaran UAE serta rantau sekitarnya,” katanya semalam.

Ahmad Zahid berkata, UAE berjaya membuktikkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pengurusan pelabuhannya yang membantu mengoptimumkan pengendalian kontena dan meningkatkan efisiensi logistik negara tersebut.

“Teknologi ini sekiranya dapat diaplikasikan di Malaysia, pastinya dapat membantu me­ningkatkan kapasiti dan daya ­saing pelabuhan tempatan seperti Pelabuhan Tanjung Pelepas serta Westports,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, UAE melalui Space42 mempunyai sistem pemantauan bencana yang canggih dan berpotensi untuk membantu Malaysia dalam membangunkan sistem amaran awal bagi meningkatkan keupayaan negara dalam menangani bencana dengan lebih cekap.

“Kami turut melihat potensi kerjasama dalam pembangunan pusat data dengan penggunaan tenaga hijau. Ini kerana UAE telah melabur secara signifikan dalam infrastruktur melibatkan empat reaktor nuklear yang berjaya menyumbang kira-kira 25 peratus keperluan elektrik di negara tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya