JOHOR BAHRU: Seorang pengurus kilang bukan sahaja tidak memperoleh keuntungan yang diharapkan, malah wangnya hampir RM1 juga lesap ditipu sindiket pelaburan dalam talian.
Wanita berusia 53 tahun yang membuat laporan polis kelmarin mendakwa dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp oleh individu tidak dikenali yang menawarkan pelaburan
dalam bidang perhotelan, Mei lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, mangsa dijanjikan kadar pulangan tinggi dan mudah diperoleh dalam masa singkat.
Mangsa yang tertarik dengan kadar keuntungan dijanjikan, telah membuat membuat pembayaran secara pindahan atas talian ke beberapa akaun bank berbeza berjumlah RM943,25 untuk dilaburkan antara September hingga bulan lalu.
“Setelah bayaran dijelaskan, mangsa dimaklumkan oleh suspek bahawa pelaburan pengadu mencatatkan keuntungan berjumlah RM600,000.
“Ketika hendak mengeluarkan keuntungan daripada pelaburan itu, mangsa dikehendaki membuat bayaran tambahan bagi membolehkannya ia dilakukan, namun tidak membuat bayaran seperti diminta apabila menyedari ditipu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu. – UTUSAN