LRT Pulau Pinang: Majlis pecah tanah dijangka tahun depan

LRT Pulau Pinang: Majlis pecah tanah dijangka tahun depan

ANTHONY Loke Siew Fook (dua dari kiri) ketika menghadiri Majlis Menandatangani MoU antara RAC dan LPNPP di Seberang Jaya, Pulau Pinang.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Majlis pecah tanah untuk projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang dijangka dilaksanakan awal tahun depan sebaik sahaja beberapa perkara berkaitan projek itu dimuktamadkan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ini termasuk perjanjian bersama pihak kontraktor terlibat yang perlu mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan (MOF) sebelum akhir tahun ini.

“Rundingan (dengan kontraktor) masih berjalan. Ada beberapa perkara yang perlu dimuktamadkan termasuk kelulusan daripada MOF.

“Kita mengharapkan agar semua proses itu dapat dilaksanakan sebelum akhir tahun ini. Jadi, dalam tempoh dua bulan ini (November dan Disember), memang kita harap dapat selesailah semuanya,” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoA) antara Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) di Seberang Jaya di sini, hari ini.

Turut diadakan ialah Majlis Menandatangani Perjanjian Induk (HoA) antara RAC dan Rivanis Ventures Sdn. Bhd. bagi pembangunan sebahagian Lot 286, Lot 65 dan Lot 67 Bandar Perai yang melibatkan pembangunan Kampung Manis di Seberang Perai Tengah (SPT) di sini.

Mengulas lanjut mengenai projek LRT di Pulau Pinang, Anthony memberitahu, perancangan awal bagi projek tersebut ialah membabitkan laluan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) hingga ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di George Town.

Namun katanya, disebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan supaya laluan disambung hingga ke Penang Sentral di Seberang Perai, maka, berlaku pengubahsuaian skop serta reka bentuk jajaran yang turut melibatkan perubahan dari segi kos pembinaan.

“Jadi, kena ada jajaran yang lebih sesuai untuk kereta api lalu. Saya fikir, sudah tentu perlu ada pengubahsuaian dari segi reka bentuknya. Itu sebabnya banyak rundingan telahpun dijalankan,” ujarnya.

Tambah Anthony, fasa pertama bagi projek pembinaan LRT itu dijangka dimulakan dengan kerja-kerja pembangunan infrastruktur sebelum kerja-kerja pembinaan sivil dilaksanakan.

Terdahulu, media melaporkan, projek LRT tersebut yang dijangka beroperasi pada 2030 itu melibatkan jarak jajaran sejauh kira-kira 29 kilometer (km) dengan 20 buah stesen termasuk dua stesen pertukaran iaitu di Stesen Komtar dan Stesen Penang Sentral.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya